Thursday, October 8, 2015

INGIN MENGEMBANGKAN DANA PESARAAN DAN PENDIDIKAN ANAK




Dalam artikel ini, saya nak kongsikan kepada anda bagaimana kita boleh mengembangkan dana persaraan kita dan pendidikan anak-anak.
 


1. PELABURAN MERUPAKAN CARA SIMPANAN YANG BARU

Mereka yang menyimpan untuk persaraan mungkin mempertimbangkan untuk melabur wang mereka supaya dapat menjana pulangan yang lebih baik dan bukannya hanya menyimpannya di dalam bank. Sudah pasti satu tindakan bijak untuk mengetepikan sedikit wang untuk hal-hal kecemasan.

Bagaimanapun, kita disaran untuk melabur awal agar kita akan dapat manfaat daripada tempoh “compounding”  pulangan, sambil memberi pelaburan masa yang lebih lama untuk mencapai sasaran yang kita inginkan.

 “Dollar-cost Averaging” adalah salah satu strategi pelaburan yang popular yang boleh melicinkan perjalanan pelaburan kita, dan juga sangat praktikal bagi mereka yang mengetepikan sejumlah kecil wang setiap bulan ke arah pelan persaraan dan pendidikan anak mereka.


2. DANA PENDAPATAN TETAP (FIXED INCOME FUNDS)

Bagi sesetengah pelabur yang mungkin tidak selesa dengan pelaburan tidak menentu, dana bon boleh menjadi alternatif kepada simpanan dan deposit. Bon boleh menawarkan pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan akaun simpanan bank, dan kurang menentu berbanding dengan saham. Di samping itu, dengan melabur dalam dana bon, pelabur menerima manfaat tambahan kepelbagaian.

 
 3. DANA EKUITI UNTUK PERTUMBUHAN

Pelabur yang ingin membuat simpanan mereka betumbuh boleh mempertimbangkan dana ekuiti, yang menawarkan pelbagai pendedahan kepada saham. Oleh kerana prestasi pasaran saham sebahagian besarnya bergantung kepada pertumbuhan pendapatan dalam jangka masa panjang, kenaikan keuntungan dan harga jualan akan membantu prestasi pasaran saham,

 
4.  SKIM PERSARAAN SWASTA (PRS)

Bagi mereka yang ingin meningkatkan simpanan persaraan mereka, mereka boleh mempertimbangkan Skim Persaraan Swasta (PRS) yang memudahkan pengumpulan simpanan persaraan melalui sumbangan sukarela. Salah satu faedah untuk melabur ke dalam PRS adalah pelepasan cukai individu sehingga RM3,000 bagi setiap tahun taksiran 2012-2021. 

Siti Aminah 012-7597436